Kata Kata Pilihan

**Kata-Kata Pilihan**

Hidup memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan memerlukan perjuangan, Perjuangan memerlukan kekuatan, Kekuatan memerlukan keyakinan, Keyakinan menentukan kejayaan, Kejayaan membawa kebahagiaan...

Hidup tanpa cita-cita adalah mati Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih, Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih Natijahnya kejayaan bakal diraih, Kuntuman senyuman akan tersurih, Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit Namun dapat menjadi petunjuk Keselamatan sesaorang.. terletak pada penjagaan lisanny Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan Yang datang dari akal adalah kewarasan Bersatulah hati dan akal Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar Teman yang paling akrab adalah ama Pengawal yang paling waspada adalah diam Bahasa yang paling manis adalah senyum Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik Tetapi daripada perempuan lebih baik Adil bagi setiap orang adalah baik Tetapi daripada pemerintah lebih baik Taubat daripada pemuda adalah baik Tetapi daripada orang tua lebih baik Dermawan daripada orang kaya adalah baik Tetapi daripada orang miskin lagi baik

Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunk' peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa Dan nilailah kesucian dirimu Melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan.."

Assalamualaikum

**Assalammualaikum Dan Selamat Datang**

Monday, February 2, 2009

Ciri-ciri isteri solehah

Ciri-ciri isteri solehah
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

No comments:

Video Ceramah


Arti Sahabat Dalam Hidupku

**Jangan Lupe Bace Yang Ni**


{{::-::>Teman Sejati<::-::}}

Send Lah Comments Kalau Sudi Ye
























**Salam Perkenalan Dari Saya**

Tafsir Qur’an : Surah al-Kafirun Tafsir Qur’an : Surah Al-Falaq Tafsir Qur’an : Surah al-Lahab Tafsir Qur’an : Surah al-Kawthar Tafsir Qur’an : Surah An-Nas

Ya Allah

**Ya Allah**

Ya Allah, Kurnialah kepadaku Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu; dan apa sahaja yang membawa aku hampir kepada

CintaMu; dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga..

Tarikh Hari Ini

**Tarikh Hari Ini**

Gambar

**Gambar**

Image and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic