tag:blogger.com,1999:blog-50545472477484230812024-03-05T22:42:12.152-08:00{{Semoga Ceria Slalu}}Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.comBlogger22125tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-70089189972761378342009-04-28T08:11:00.000-07:002009-04-28T08:12:14.922-07:00RenangSemakin hari semakin aku rasa perit disengat cahaya.Musim panas seperti tidak sabar-sabar ingin melayurkan manusia. Apa lagi yang memang sedang menanti-nanti saat untuk berjemur. Tidak lama lagi segala bandar akan inflasi, dan pantai pula akan menjadi kaya dihujani pelancong yang ribuan, barangkali bilion.
Akhirnya, matlamat untuk menjajah sebidang kolam renang sudah tercapai, dan aku berjaya memenangi anugerah ikan lumba-lumba terbaik. Dalam masa yang sama juga seorang guru yang telah berjaya melahirkan beberapa orang perenang baru dengan kemahiran dan keistimewaan tersendiri. Ada yang bisa renang dan ada juga yang jaguh selam, dan ada yang masih mencari-cari jalan untuk menyusun gerak-geri kaki serta tangan,tidak ketinggalan juga arah tuju kepala. Mula-mula cergas ke kiri dan ke kanan, akhirnya terbenam juga ke bawah. Tidak apa baharu permulaan.
Aku seperti dirasuk , kulalui hari-hari dengan berjadual. Usai sahaja sarapan, kira-kira jam 9 atau 10 begitu terus bertukar menjadi ikan jadi-jadian sehinggalah sekitar jam 3. Selepas itu naik berehat, memasak, makan dan solat semua. Usai beberapa minit merehatkan segala otot, dan solat asar, terpaksa berubah semula menjadi ikan jadi-jadian sehinggalah sekitar jam 8. Kami juga sempat menjadi kanak-kanak riang bermain sorok-sorok, dan renang-renang (kejar-kejar kalau di darat). Indahnya, terasa juga manis berkawan.
Kini aku berada di rumah teman di kawasan rabat. Perlu berehat seketika sambil-sambil mengorek idea-idea yang tertanam di dalam timbunan. InsyaAllah, Esok aku akan menjadi hidupan laut lagi.Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-65369557904191179852009-03-28T08:09:00.000-07:002009-03-28T08:10:51.634-07:00Hadis : Sikap Yang BaikHadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
Riwayat Ibnu Abi Dunya
Huraian :
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-56170238068449276872009-03-27T16:06:00.001-07:002009-03-27T16:06:59.201-07:00Macammana menghilangkan MarahSifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya,maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada
pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.Kenapa kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan
hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah
mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf
bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab :" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari
sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi
daging panggang yang masih panas.
Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah
si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat
peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan
menunggu hukuman
"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan
membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim"
Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya,
maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya
dirasakan amanah dari Allah.
Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.Kita mesti ubati
hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang
menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.Di
antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala
tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab
kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah.
Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Wassalam
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan
mulai reda.
Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan.Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan
mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak
dapat dikawal.
Wassalam..
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia
menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir
tersentak,angan-angan habis.
Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung
didalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di
dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan
kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air
penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya
api.berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.
wassalamLaksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-42011894130902618502009-03-25T05:08:00.000-07:002009-03-25T05:09:41.770-07:00Sabar Mencerminkan KeimananHadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari
Huraian :
Pengajaran hadis:
i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:†Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.†(Maksud al-Baqarah :156)
iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-39103079914434080732009-03-23T04:56:00.000-07:002009-03-23T04:58:14.955-07:00Petua Khusyuk SolatSebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnyaâ€[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-
"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
Assalaamualaikum warahmatullah... wabarakaatuh. Tazkirah buat semua... . Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah
bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sobat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut
!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari
ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamuLaksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-46450290069403482202009-03-21T08:09:00.000-07:002009-03-21T08:15:25.495-07:00Sahabat Sejati
Sahabat sejati
Kala bayanganmu datang menjelma
Ada rindu yang mengental di dada
Padamu yang telah jauh melangkah
Mengejar asa yang di damba
Bila rindu yang tak terkira
Hadir juga padamu disana
Sapalah aku walaupun lewat goresan pena
Disini aku setia menantinya
Sahabat sejati
Dalam heningnya malam
Kuingat seraut wajah
Milikmu
Yang telah jauh melangkah
Dalam diam kupanjatkan doa dan harapan
Semoga Tuhan melapangkan cita dan cintamu
Semoga kau tak pernah lupa
Pada jalinan persahabatan
Yang erat milik kita
Sahabat sejati sukar dicari
pandai pula menjaga hati
bersetia ia sepenuh jiwa
merendah diri menabur bakti
gemar gembira dapat bersama
berpesan- pesan tanda ingatan
bagai pelita penunjuk jalan
tidak lupa sebagai bekalan
berbangga ia engkau berjaya
tanda ia ikhlas dan jujur
penganti sunyi teman berhibur
tidak berkira kederat upaya
dicuba juga selagi terdaya
tidak lekang namamu diulang
dalam doa engkau dijulang
sedang engkau tidak ketahui
kerana ia hasrat peribadi
tidak mengharap ia dipuji
tersemat dihati ikatan suci
tidak ia berbelah bagi.
Seorang anak adam melangkah menembus waktu yang lengang. Seisi alam menyapa atau mungkin cuma perasaan saja. Namun ia tercengang menatap langit memerah murka. Ada apa gerangan? Bahasa kias selalu terbias saat angin berhembus penuh makna. “Coba tanyakan saja pada iblis yang bergoyang”, sahut pepohonan rindang dari balik sudut bebatuan hitam. Sang anak menghampiri iblis di atas pasir putih di dekat sebuah telaga.
“Mengapa engkau bergoyang?” tanya sang anak dengan penuh keresahan.
“Aku selalu menarikan kepastian jika engkau hendak bersua”
Memerah muka sang anak, lalu ia pun membantah, “Aku kebetulan menyusuri udara musim ini dan tiada urusan denganmu wahai makhluk durhaka.”
Iblis tertawa perlahan menikmati rasa dengki yang menjalar di pelupuk matanya.
“Siapa yang durhaka wahai tanah bernyawa? Bahkan aku pun tiada pantas melayani pikiranmu.
Makhluk jahanam layaknya engkau hanya pantas dipanggang api kebenaran, enyahlah.”
“Kenapa aku harus tunduk kepadamu. Bukankah aku lebih pantas masuk surga? Karena iblis hanya sujud kepada Sang Pencipta dan bukannya sujud kepada moyangmu?”
Sang anak tertegun malu memandang iblis. Maka ia pun kembali berlalu sembari mengumpati iblis keparat tersebut. Sampai pada suatu ketika langkahnya terhenti oleh kehadiran iblis yang tiba-tiba menghadang langkahnya.
“Mengapa kau menghadangku wahai Iblis? Aku tak sudi bersua kembali denganmu”
Iblis tertawa dan berseru sebelum mengenyahkan diri, “Aku selalu mengikuti arahmu anak adam, dan engkau tak pernah bisa lari”Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-36616563998035099872009-02-22T04:21:00.000-08:002009-02-22T04:24:25.198-08:00ASAL USUL SOLAT DAN MAKNA BACAANMakna bacaan dalam SOLAT
Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .
‘Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu….kami lah hamba yang mengharap belas darimu .’ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia’Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-17601980823903197192009-02-21T10:30:00.000-08:002009-02-21T10:31:05.193-08:00aDaM mEnGeRtILaH…Adam,mengertilah…
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas…
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah…
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia…
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan…
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..
Adam,mengertilah…
Hawa ini berjiwa lembut…
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta…
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat…
namun, Hawa lemah…
Hawa takut zina hati…
Adam,mengertilah…
setiap kali ’sms’ diterima..
Hawa keliru…
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat…
Hawa tewas…
Hawa reply juga…
mengenangkan Adam adalah sahabat….
Adam,mengertilah…
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah…
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah ‘couple’ yg Hawa pinta…
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya…
Adam,mengertilah…Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-91823101193184944502009-02-17T14:25:00.001-08:002009-02-17T14:25:30.502-08:00Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUTDisebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-39206641966374111882009-02-02T13:36:00.000-08:002009-02-02T13:37:25.627-08:00Ciri-ciri isteri solehahCiri-ciri isteri solehah
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.
Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.
Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).
- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.
Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).
- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).
Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.
- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.
Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).
- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).
Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.
Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).
- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.
- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.
Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-33990634774020128612009-01-26T07:42:00.001-08:002009-01-26T07:42:34.401-08:00Niat Sembahyang
NIAT SEMBAHYANG SUBUH
Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
i----------------------------------------------------------------i
NIAT SEMBAHYANG ZOHOR
Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'alaErtinya: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
i-----------------------------------------------------------------i
NIAT SEMBAHYANG ASAR
Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'alaErtinya: Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
i------------------------------------------------------------------i
NIAT SEMBAHYANG MAGHRIB
Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*) adaan lillahi ta'alaErtinya: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.i-------------------------------------------------------------------i
NIAT SEMBAHYANG ISYAKUsalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'alaErtinya: Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.i-----------------------------------------------------------------i
NIAT SEMBAHYANG JUMAATUsalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta'ala.
Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-53060149438911726302008-12-22T04:04:00.000-08:002008-12-22T04:05:22.408-08:00Allah Mengajarkan CintaPernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu, Kamu menangis kala bahagia bersama karena yakin ia cintamu Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta
Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semu Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsunya
Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu, satu jam bersama serasa satu menit saja
Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran
Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki
Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya Tak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai Karena Allah adalah kekasih Zat yang abadi
Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu Karena Allah mengajarkan cinta tulus dan agung Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakikiLaksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-87117964633319144042008-12-19T11:41:00.000-08:002008-12-19T11:44:32.748-08:00Pulanglah SahabatkuSahabat jangan kau kata aku tiada belas kasihan,
Aku juga manusia yang punya perasaan,
Aku cuma tidak mahu luka lama berdarah kembali.
Sahabat,
Memang di bumi bertuah ini menjanjikan pelbagai rezeki,
Asalkan kau tahu caranya,
Carilah, tuhan tidak pernah menghalang,
Aku juga tidak menghalang,
Kerana aku tahu ada insan yang lebih memerlukanya.
Sahabat,
Apabila telah kau kumpul rezekimu di sini,
Pulanglah ke tanah airmu,
Nescaya keluarga dan sahabatmu setia menunggumu di sana.
Sahabat,
Tidak perlu kau berjanji untuk hidup aman bersama – sama di bumi bertuah ini,
Janji mu itu membuatkan aku,
Teringat kembali,
Kisah yang tidak sampai pun 100 tahu yang lalu.
Sahabat,
Pada waktu itu,
Mereka datang ke bumi bertuah ini dengan penuh harapan,
Tanpa sebarang harta dan juga saudara,
Nenek moyangku menyambut mereka dengan mesra,
Mereka berjanji untuk menumpang hanya seketika,
Apabila sampai masanya,
Mereka akan pulang ke tanah air mereka.
Masa terus berlalu,
Bangsa pendatang mula merasakan bahawa,
Bumi bertuah ini sudah menjadi tanah air mereka,
Mereka memohon kerakyatan,
Sebagai tanda terima kasih bangsa asal diberikan hak istimewa,
Lalu kami hidup aman sebagai sebuah negara merdeka.
Sahabat,
Kusangkakan panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari,
Anak – anak pendatang ini mula lupa kepada janji yang dibuat ibu bapa mereka,
Hak yang sama dipohon,
Katanya, janji yang dibuat dulu itu cerita lama.
Cukuplah sahabatku,
Tidak sanggup rasanya untuk ku sambung cerita itu,
Kerana ku tahu kau sendiri telah menjadi saksi kemunafikan bangsa yang juga dulu sepertimu,
Menagih simpati di bumi bertuah ini.
Pulanglah sahabatku,
Pulanglah ke tanah airmu,
Pesanlah kepada saudara – saudaramu,
Binalah sendiri negara tanah airmu,
Petuanya mudah,
Bersatu dan meninggikan keilmuanmu,
Pintalah pertolongan jika kau memerlukan bantuan,
Akan ku bantu semampuku,
Asal tidak kau pinta,
Tarafmu sama dengan tarafmu,
Di bumi yang bertuah ini.Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-87786846333876208542008-12-13T21:03:00.000-08:002008-12-13T21:10:22.027-08:00~ KASIH PERSAHABATAN~Terkaku dalam dilema,
Pada siapa harus kurungkaikan,
Keliru, dan terkilan..
Mengapa aku seolah2 terbuang,
Sudah hilangkah rasa sayang..
Kasih ini semakin berjauhan..
Seolah tepukan satu..
Yang tiada bunyian..
Akukah yang keterlaluan,
Atau sememangnya kasih tak sehaluan,
Aku bukanlah lagi pilihan,
Andainya ada kepercayaan,
Mengapa tiada terus terang ,
Aku kepenatan..
Dalam mengejar kasih persahabatan…Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-24123537039872836882008-11-18T09:21:00.000-08:002008-11-18T09:30:45.461-08:00PANDUAN BERSAHABAT1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.
2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.
3.Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
4.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.
12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janjiLaksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-12378397727799207282008-11-17T13:32:00.000-08:002008-11-17T13:34:42.693-08:00Nasehat para sahabatSeorang pemuda yang hidup dilikungan yang damai, dimana ia memiliki banyak sahabat yang sering mengihbur dirinya, dan mengisi hari-harinya yang kosong... Pemuda tersebut sering sekali bermain bersama teman-temannya sehingga semua hari-harinya selalu ramai dan ia tidak merasa kesepian lagi... Setiap hari dan seiring perjalanan waktu... temannyapun terus bertambah... tentu hari-harinyapun semakin ramai...
Hingga suatu saat dimana waktu jugalah yang memisahkan pemuda tersebut dengan sahabatnya.. Banyak sahabatnya yang telah bekerja dan menjalani kesibukan mereka masing-masing... sehingga pemuda tersebut merasa kesepian untuk beberapa waktu... Tapi pemuda itu tetap punya sahabat yang lainnya walau sahabat-sahabatnya sudah banyak yang pergi meninggalkan dirinya.. untuk menjalani hidup mereka..
Karena sang pemuda tidak ingin selalu merasa kesepian... sang pemuda selalu berkumpul bersama sahabat-sahabatnya yang tersisa... tapi tetap saja... ada saatnya sang pemuda kembali merasakan kesepian.. Itu terjadi karena Sahabat-sahabatnya memiliki pasangan masing-masing.. dan akhirnya sahabatnya sibuk dengan pasanganya masing - masing sehingga sahabat-sahabatnya tidak punya waktu untuk berkumpul dan bermain bersama pemuda tersebut...
Untuk menghilangkan rasa sepinya pemuda itu kembali mencari teman-teman yang baru untuk menemani hari-harinya yang telah sepi... dan tak lama pemuda itu menemukan kehidupannya yang baru... dia memiliki teman-teman yang baru.. yang bisa menghiburnya dan mengisi kekosongan hatinya... hingga suatu saat sang pemuda jatuh hati pada seorang teman wanitanya.. rasa sayang pun muncul.. pemuda yang selama ini tidak pernah mendapatkan perhatian dari seorang wanita ... akhirnya ia menemukannya.. sehingga sang pemuda yang cukup cupu dan gagu ini ingin sekali menjadikan temanya sebagai seorang kekasih hatinya....
Tentu seorang pemuda ini tidak terlalu pandai untuk merayu seorang wanita.. sehingga pemuda cinta pemuda ini tidak berbalas... sang pemuda tidak putus asa dan terus mencoba dan mencoba untuk mendapatkan hati dari seorang wanita yang ia sayangi..... saat itu mulailah... muncul.. orang-orang disekitarnya yang kenal dengan pemuda ini.. sebagai seorang sahabat.. saat itu mereka memberikan petujuk pada seorang pemuda untuk menyadari lingkungan disekitanya.. bahwa dia tidak kesepian.. bahwa banyak yang memperhatikan dirinya... dan para sahabat menyuruh pemuda untuk mengambil keputusan kepada wanita yang ia sayangi agar pemuda tersebut tidak selamanya mengalami hal yang dianggap teman-temannya itu buruk buatnya...
Dan pemuda itu pun mulai tersadar bahwa dia melupakan bawah teman-temannya ada disampingnya.. dan bisa memberikan dukungan buat dirinya... dan pemuda tersebut mencoba untuk membuka matanya.. dan mencoba melihat orang-orang yang berada disekitar dirinya...
Bila Anda mempunyai sahabat.. sadarilah bawah mereka selalu ada disamping Anda walau kadang Anda tak pernah menyadari keberadaan mereka...Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-81341202134720908702008-11-16T10:45:00.000-08:002008-11-16T10:51:13.099-08:00Sesuatu Untuk SahabatSesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
1.Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2.Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3.Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4.Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5.Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6.Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7.Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8.Anda seorang yang istimewa dan unik.
9.Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10.Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11.Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12.Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13.Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela. 14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudahpasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-86428888883082802212008-11-01T06:38:00.000-07:002008-11-01T06:50:08.441-07:00Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-23024130518952087402008-10-28T09:08:00.000-07:002008-10-28T09:11:23.556-07:00Sahabat sejati
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Laksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5054547247748423081.post-22540788448433882532008-10-27T15:31:00.001-07:002008-10-27T15:37:58.502-07:00Pantun Buat SahabatMengintai kejora dimalam hari
Hanya kelihatan menjelang pagi
Terimakasih sahabat kerana memahami
Segala kelemahan diriku ini
Suara si pungguk mendayu-dayu
Memuja bulan tak pernah jemu
Biar di dunia kuhimpun rindu
Di akhirat sana kupohon bertemu
Anak haruan mati terperangkap
Jangan keli dikatakan sepat
Padamu sahabat daku berharap
Di sudut hatimu namaku terpahat
Yang merah itu dikatakan saga
Yang indah itu dikatakan bahasa
Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
Mampukah meruntun hingga ke Syurga?
Meleret senyum manis di bibirmu
Hilanglah duka terpancar rindu
Ku ukir namamu di dasar qalbu
Ukhwah fillah menjadi dambaku
Indah sungguh bunga di t aman
Disusun orang buat jambangan
Ingin kuselam hatimu teman
Begitu sukarnya mencari jawapan
Merenung langit di kala senja
Mengharap fajar akan menjelma
Padamu Tuhan kupanjatkan doa
Persahabatan ini subur selamanyaLaksamana™http://www.blogger.com/profile/03665920102872375703noreply@blogger.com0